Isnin, 12 Disember 2011

MAKLUMAT PERSATUAN






Nama: Ikatan Irham Ilman(Inspirasi Pejuang)


Penyertaan: Matlamatnya nak dapatkan penyertaan semua pelajar SMKA di seluruh negara. Pelajar dari sekolah-sekolah lain sangat dialu-alukan terutamanya insitut pendidikan agama(IPA) lain.


Mission: Membina kembali umat Islam yang gemilang melalui tarbiyah(kerana semua org kata inilah penyelesaiannya) dan penyatuan ummah secara total.

VISI

Menjadi group facebook muslim melalui kemasukan pelajar-pelajar seluruh negara di mana kita boleh
1. memantau aktiviti pelajar di FB
 2. menyalurkan dakwah
3. membina kesatuan ummah melalui interaksi antara sekolah
Bagi mencapai matlamat penyertaan itu, ana mencadangkan diadakan hari pendaftaran di setiap SMKA dalam dan dalam hal ini ana akan memerlukan kerjasama semua perwakilan kita(maklumat lanjut akan diberikan kemudian).

Tidak setakat group FB, ana mencadangkan group ini menjadi persatuan rasmi di malaysia. Dalam 6 tahun ini, kita boleh fokuskan aktiviti tarbiyah di sekolah. Lepas tu, dijangka ramai ahli dah habis belajar dan kita boleh mulakan aktiviti membina kembali kekuatan ummah dalam masyarakat di Malaysia. Bila pertubuhan ni dah besar dan orang iktiraf kita, kita akan cuba bawa semua pihak Islam supaya berbincang dan bersatu. Kemudian, susun atur strategi bersama2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan