Sabtu, 24 Disember 2011

KEMPEN MANFAATKAN MASA/FB

Salam Muka Buku,

Bersempena waktu cuti sekolah yang sudah habis, marilah kita memperbaiki penggunaan masa sementara masih sempat.

Anda tahu apa yang anda telah lakukan sepanjang cuti ni, cuba kira berapa perkara bermakna yang telah anda lakukan?

Tidak kisahlah berapapun bilangannya, ana ingin berkongsi beberapa tips mudah untuk memperbaiki penggunaan sisa-sisa masa cuti anda.

TIPS BER"FACEBOOK"
1) Tetapkan masa yang anda ingin luangkan melayari internet sebelum membuka komputer. (maksima 2 jam)
2) Kunci jam loceng pada jam anda perlu berhenti.
3) Jikalau anda rasa sukar berhenti, bukalah page/group seperti di bawah.

TIPS LUAR "FACEBOOK"
1) Sebelum tidur, rancang perkara faedah yang harus anda laksanakan hari esoknya. (paling kurang 1)
2) Bangun tidur, ingat kembali perkara yang anda perlu lakukan. Kuatkan azam melawan nafsu.
3) Cuba elakkan menonton TV atau FB sebelum anda sempat melaksanakan sekurang-kurangnya satu perkara berfaedah.
4) Ataupun cuba laksanakannya selepas waktu solat fardhu. Insya Allah, iman kuat lagi waktu tu.

Pesanan ini dibawakan kepada anda oleh, Ikatan Irham Ilman sempena KEMPEN MANFAATKAN MASA / FB
http://www.facebook.com/groups/170711389625812/

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam ukhuwah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan