Isnin, 12 Disember 2011

FALSAFAH/PERLEMBAGAAN IKATAN IRHAM ILMAN



  • Falsafah 1 :  Dakwah vs Peribadi Diri

Kita tulis benda- benda baik., tak semestinya kita baik.... TAPI, sekurang kurangnya kita tak tlis benda- benda tak baik kan???? Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik... TAPI, sekurg kurgnya kita tak cakap benda- benda tak baik kan???? Kita buat baik, tak semestinya baik...... ... TAPI sekurang kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan???? ~Kalau kita cakap kita baik, confirm kita tak baik~ (>_<) Kita bukanlah bagus sangat... TAPI Insyallah, kita menuju dan berusaha untuk menjadi yang BAIK...

  • Falsafah 2: Prioriti Urusan Dakwah


Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanalah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya
 
  • Falsafah 3 : Perkara yang perlu Dijauhi
 
1. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
2. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah Taala itu sentiasa tenang lagi tenteram.
3. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
4. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang.
5. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberikan kebajikan.

  • Falsafah 4: Kasih Sayang dalam Dakwah
 
Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan