Selasa, 13 Mac 2012

Teman Seperjuangan~

Assalamualaikum sahabat juangku sekalian, apa khabar kamu semua? apa khabar iman kamu semua? apa baik-baik aja? Ana harap kamu semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahuata'ala, Insya Allah.

Sahabat, Perjuangan kita belum terhenti, cuma tertangguh meniti masa yang kita pingin habiskan sebagai pelajar sekolah di tahun akhir ini ,2012. Menanti hari tibanya peperiksaan besar sekolah,sijil pelajaran malaysia. Sijil pengiktirafan dunia yang membolehkan kita membeli dunia, menebus jawatan dunia dan bisa hidup mewah di dunia dengan kejayaan mencapai kecemerlangannya. Titik peluh dan detik saat yang kita usahakan untuk mencapai yang terbaik dalam SPM memang tidak tersangkal lagi saat ini terasa ghairah. Tidak mahu kecewa saat nanti keputusan keluar. Namun dalam pada menyusur peperiksaan SPM itu, kita juga sentiasa diingati bahawa kita akan bersemuka dengan peperiksaan sebenar selepas mati nanti. Peperiksaan yang mana akan menentukan ke Syurga atau sebaliknya. Kerna itu ayuh sahabat, kita seimbangkan dunia akhirat agar tidak mudah peperiksaan dunia ini melalaialpakan kita sebagai hamba yang mempunyai tanggungjawab akhirat. Ingat wahai sahabat... Jika kita mengejar dunia,dunia akan berlari jauh dari kita,Jika kita mengejar akhirat dengan tenang, dunia akan datang sendiri kepada kita.

Kesibukan di tahun akhir ini cuma sementara. Insya Allah beberapa bulan lagi berakhirlah alam persekolahan kita dan hidup kita sebagai pelajar sekolah, Selepas ini ana harap organisasi pembela agama ini dapatlah di jayakan dengan gah dalam mencapai objektif,misi,dan target kita untuk mengembalikan Islam sebagai the ways of life. Kepada peneraju,Amir,Wazir-wazir yang bertanggung jawab, kita habiskan tahun akhir kita sebaik-baiknya ya.. kita pulun habis-habis untuk cemerlang pelajaran tanpa mengetepikan kepentingan agama >.< lepas habis je.. kita buat keja dakwah ni habis-habisan sampai kita meninggal..Takbir!~ "JIKA KITA TOLONG AGAMA ALLAH, ALLAH PASTI AKAN TOLONG KITA"


Pena Berbicara,

JIBRIEL YUSOF

8 Tips mengelakkan penangguhan

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Sumber: Saiful Izzuan Hussain